Make your own free website on Tripod.com
  SeRiPengantin.com.my                                                        
||HOME||PROFIL SYARIKAT||PRODUK SYARIKAT||PERTANYAAN|| 
 

 

09/06/2004 01:14:53 AM
Profil

SeRi Pengantin Sdn. Bhd. ditubuhkan pada November 2002, mengendalikan Pusat SeRi Pengantin yang memulakan operasinya pada bulan Mac 2003. Pusat SeRi Pengantin yang merupakan salah sebuah pusat bunga, perkahwinan & kraf tangan yang terbesar di Lembah Kelang dan terletak di Tkt U5, Jln Bunus 6, 50100 Kuala Lumpur.
Pusat SeRi Pengantin menyediakan semua kelengkapan perkahwinan di bawah satu bumbung. Disamping itu juga, Pusat SeRi Pengantin turut menyediakan perkhidmatan jualan secara borong. Perkhidmatan jualan secara borong ini ditawarkan kepada semua peniaga kecil, para mak andam, pihak-pihak hotel yang ada menawarkan perkhidmatan majlis perkahwinan, serta syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat dekorasi atau yang ingin menempah cenderahati/ gubahan-gubahan untuk meraikan majlis-majlis tertentu syarikat.
Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan/ ditawarkan:
  • Aksesori perkahwinan
  • Pakej perkahwinan
  • Tempahan gubahan hantaran
  • Fotografi (Studio/ luar studio)
  • Bunga-bungaan tiruan
  • Aksesori perhiasan wanita
  • Aksesori kraf tangan dan lain-lain
  • Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat disamping mengenengahkan pelbagai reka bentuk terbaru serta warna terkini.
    Pelanggan pasti selesa mengunjungi Pusat SeRi Pengantin memandangkan lokasinya yang strategik serta keluasan kawasan yang merangkumi 12,000 kaki persegi serta ia boleh dihubungi oleh 4 buah lif dan mempunyai 400 ruang letak kereta.
    Tenaga pekerja yang mencukupi, terlatih serta berpengalaman merupakan keutamaan kami dalam memenuhi kepuasan hati pelanggan. Matlamat kami sebenarnya ingin menjadikan Pusat SeRi Pengantin sebagai sebuah "Pusat Sehentian" perkahwinan, kraf tangan & bunga.
    copyright (c) 2004 SeRiPengantin.com.my all rights reserved udd&fida